DEWAN BUDAYA, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Borang Bintang USM

- Katogori Pelajar
- Katogori Staf

PERUTUSAN PENGARAH

Pejabat Pembangunan Seni dan Budaya ditubuhkan sejak tahun 1994. Pejabat ini berfungsi untuk memelihara dan mempromosikan aktiviti seni, budaya dan warisan Malaysia, sama ada dari segi sejarah, tradisional, moden atau kontemporari selain mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan komuniti tempatan dan antarabangsa serta berganding bahu bersama-sama penuntut tempatan dan juga luar negara dalam melaksanakan aktiviti kebudayaan.

Pejabat Pembangunan Seni dan Budaya bukan sahaja sekadar membekalkan fasiliti dan prasana untuk kemudahan pihak universiti dan pihak luar bagi penganjuran aktiviti dan persembahan kebudayaan, malah kami juga membantu dalam memberikan sokongan akademik; seperti melaksanakan kajian dan dokumentasi, pendidikan,seminar, kursus dan pelbagai bengkel untuk meningkatkan nilai tambah.

Pejabat Pembangunan Seni dan Budaya juga berfokuskan untuk: Memberi inspirasi, Mendidik, Mempromosi dan Memberi Perkhidmatan. Kunjungilah kami bagi bersama-sama merasai proses pembelajaran, hiburan dan pengalaman dalam kesenian dan kebudayaan. Kami berharap agar dapat memberi dan mendapat inspirasi melalui penglibatan anda dalam agenda pembangunan kami.

Pejabat Pembangunan Seni & Budaya
Universiti Sains Malaysia
11800 Minden
Pulau Pinang