Muzik (Gitar, Kibod, Gitar Bes, Drum)

KELAS ASAS MUZIK DEWAN BUDAYA
Dewan Budaya USM menganjurkan kelas asas muzik gitar, bes, drum dan kibod dengan teknik bermain yang mudah dengan  menggunakan sistem notasi. Tenaga Pengajar terdiri dari pemuzik Dewan Budaya Universiti Sains  Malaysia yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang muzik.

kelas Muzik

Boleh mendaftar secara perseorangan dan berkumpulan
Asas Gitar/Bes:
Kelas ini ditawarkan kepada mereka yang berminat bagaimana cara bermain gitar dengan santai dan cepat. Sistem pelajaran mudah dipelajari dan diikuti bersama alat bantuan yang disediakan Penggunaan gitar dengan betul dan pengetahuan asas teknik bermain untuk mengembangkan kemampuan pelajar

Asas Drum:
Kelas ini ditawarkan kepada mereka yang berminat bermain drum. Sistem pelajaran mudah dipelajari dan diikuti bersama alat
bantuan yang disediakan seperti buku notasi dan dibantu oleh tenaga pengajar yang berpengalaman

Asas Kibod:
Kelas ini ditawarkan kepada mereka yang berminat bagaimana cara bermain keyboard. Sistem pelajaran mudah dipelajari dan diikuti bersama alat bantuan yang disediakan. Cara penggunaan kibod dengan betul dan pengetahuan asas teknik bermain untuk mengembangkan kemampuan pelajar.

SYARAT PERNYERTAAN
Peringkat Umur           : 12 Tahun Keatas
Yuran Pendaftaran     : RM50.00
Yuran Bulanan             : RM120.00/ Bulan

Sijil Penyertaan akan dikeluarkan oleh Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia
Boleh mendaftar secara perseorangan dan berkumpulan  (5 orang setiap  kumpulan) Seminggu 2 kali, sejam setiap pertemuan selama 12 minggu (3 Bulan)