DEWAN BUDAYA, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

Laman Utama OBJEKTIF

Menjadi sumber rujukan dan pemangkin kepada perkembangan dan kemajuan kebudayaan dan kesenian daripada aspek nilai kerohanian, kemajuan serta pembangunan sahsiah ummah yang selaras dengan aspirasi universiti.

Menjadi pusat rujukan dan pemikiran seni budaya dan warisan khususnya di dalam seni persembahan tradisi.

Membina dan memajukan ilmu mengenai seni persembahan tradisi melalui program pemeliharaan dan pemuliharaan budaya yang berterusan.

Menjadi pusat penyelidikan dalam bidang seni dan budaya khususnya yang berkaitan dengan seni warisan bangsa.

MISI

Untuk memberi perkhidmatan kepada mahasiswa dan kakitangan di dalam pembangunan seni dan budaya dan juga untuk mempromosi dan melestarikan pembangunan seni dan warisan budaya.

VISI

Tranformasi pendidikan tinggi untuk memastikan kelestarian hari esok.

TEATER MATRA BUANA
Pengenalan
Objektif
Direktori Pegawai
Hubungi Kami
Perkhidmatan
Program & Aktiviti
Kajian & Penerbitan
Prestasi
Galeri


Matra Buana merupakan sebuah program kebudayaan yang diadakan saban tahun pada bulan Julai. Program ini merupakan program yang menggabungkan persembahan-persembahan kebudayaan tradisional Melayu khususnya di Malaysia, Indonesia dan Thailand. Menurut Kamus Dewan, perkataan ‘Matra’ membawa maksud dimensi manakala ‘Buana’ bermaksud alam semesta atau dunia. Dalam konteks program ini pula, kombinasi kedua-dua perkataan ini membentuk satu terminology yang membawa maksud pelbagai dimensi persembahan bercorak tradisional dalam alam Melayu yang terdiri daripada teater, tarian dan muzik tradisional.

Pejabat Pembangunan Seni & Budaya
Universiti Sains Malaysia
11800 Minden
Pulau Pinang