DEWAN BUDAYA, UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PENGENALAN

Dalam sebuah Universiti yang luas penglibatan sainsnya, bidang kebudayaan menjadi amat penting untuk menjejakkan dan menjalikan ilmu dan bangsa kepada teras, sejarah dan jati diri. Menyedari hakikat tersebut, Dewan Budaya USM dicetuskan bertujuan untuk membangunkan segala aktiviti kebudayaan, kesenian dan warisan khususnya kepada para pelajar dan seluruh warga USM. Ini bermakna fungsinya tidak sahaja menjalankan aktiviti serta perkhidmatan di bidang kebudayaan dan kesenian tetapi mencakupi ruang lingkup yang lebih luas di mana ianya juga berkaitan dengan bidang keilmuan sama ada melalui penyelidikan dan pendidikan ( seminar, wacana ilmu melalui persidangan tempatan dan antarabangsa yang bermakna, kursus atau bengkel-bengkel tertentu).

Adalah menjadi hasrat Universiti untuk memperkemaskan dan menyuburkan mana-mana institusi yang terdapat di dalamnya. Justeru bagi membangunkan kecemerlangan seni dan budaya, Dewan Budaya USM akan mempunyai dua Jawatankuasa Penyelarasan yang akan membantu dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan bidang penyelidikan dan seni persembahan yang dijalankan oleh Dewan Budaya dua Jawatankuasa tersebut adalah Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan dan Inovasi dan Jawatankuasa Pembangunan Pelajar dipengerusikan oleh TImbalan Seni Budaya yang dijalankan di Universiti khususnya geran luar, iaitu selain daripada projek pembangunan penyelidikan yang sedia ada.

Dibawah penstrukturan organisasi baru, akan dibahagikan kepada lima Unit Pembangunan Seni Persembahan, Penyelidikan, Dokumentasi, Pendidikan, dan Pemasaran Seni. Setiap unit tersebut akan menawarkan perkhidmatan dan rundingan profesional bukan sahaja kepada pihak Universiti malahan kepada pihak luar termasuk agensi-agensi kerajaan dan Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.

Selaras dengan pengiktirafan USM sebagai sebuah Universiti APEX, peranan Pusat Lestari Budaya dilihat penting dalam membantu universiti ke arah mencapai Universiti APEX dan bertaraf lima bintang.

PERKARANGAN DEWAN BUDAYA
Direktori Pegawai
Hubungi Kami
Perkhidmatan
Program & Aktiviti
Kajian & Penerbitan
Prestasi
Galeri
Pejabat Pembangunan Seni & Budaya
Universiti Sains Malaysia
11800 Minden
Pulau Pinang